Friday, 7 May 2021

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas #6 - Meletakkan Sudu Di Mulut Mangsa Sawan


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Meletakkan Sudu Di Mulut Mangsa Sawan

Fakta:

Jangan sekali-kali meletakkan sudu (atau apapun) ke dalam mulut seseorang yang mengalami sawan. Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang mengalami sawan boleh menggigit atau menelan lidahnya. Sebaliknya, perkara paling penting yang boleh anda lakukan adalah memgalihkan benda berbahaya dari kawasan tersebut untuk mengelakkan kecederaan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas #5 - Membiarkan Luka Terdedah Supaya Ianya Kering Dengan Sendiri


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Membiarkan Luka Terdedah Supaya Ianya Kering Dengan Sendiri

Fakta:

Terdapat perdebatan mengenai apakah anda harus membiarkan luka terdedah supaya ianay kering atau menutupnya.

Kebanyakan doktor sepakat menyatakan menutup luka anda adalah cara terbaik untuk mencegah kecederaan selanjutnya.

Ingat, jika luka anda lebih dalam daripada lapisan kulit atas, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin untuk melihat apakah anda memerlukan jahitan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Tuesday, 12 January 2021

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas #4 - Menyapukan Alkohol Di Kulit Dapat Meredakan Demam


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Menyapukan Alkohol Di Kulit Dapat Meredakan Demam

Fakta:

Alkohol kering dengan cepat, dan itu menjadikannya terasa sejuk. Malangnya, ia dapat menyerap ke dalam kulit dan boleh menyebabkan radang dan kegatalan. Redakan demam anda dengan cara lain yang lebih selamat.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Tuesday, 1 December 2020

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas #3 - Kencing Di Tempat Sengatan Obor-Obor


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Kencing di tempat sengatan obor-obor dapat meredakan kesikatan kesan sengatan.

Fakta: 

Air kencing hanya berfungsi jika ianya berasid. Bergantung pada diet seseorang itu, air kencing tidak semestinya berasid. Oleh itu, air kencing tidak akan berkesan sentiasa. Walau bagaimanapun, cuka amat berkesan. Gunakanlah cuka bukannya air kencing.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Thursday, 8 October 2020

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas #2 - Menghisap Kesan Gigitan Ular


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Hisap kesan gigitan ular untuk mengeluarkan racun ular.

Fakta: 

Jika anda melakukan nya, anda juga akan menjadi mangsa racun ular tersebut. Cara terbaik ialah untuk mangsa mendapat rawatan segera di hospital.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Sunday, 6 September 2020

Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas - Mentega Menyembuhkan Luka Melecur


Mitos Dan Fakta Pertolongan Cemas

Mitos:

Mentega membantu melegakan dan menyembuhkan luka melecur.

Fakta: 

Mentega boleh menyebabkan luka melecur lebih teruk dan membuat rawatan doktor lebih sukar. Meletakkan mentega pada luka melecur bermaksud meletakkan bahan yang tidak steril pada kawasan yang sangat sensitif dan sangat mudah dijangkiti.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR

Thursday, 13 August 2020

Kepentingan Pertolongan Cemas #5 - CPR Hendaklah Dilakukan Walaupun Bukan Daripada Seorang Yang Terlatih


Sebilangan besar orang awam tidak akan memberikan CPR kerana mereka takut tersilap melakukan CPR. Dalam kes kecemasan, CPR mesti dilakukan walaupun oleh seseorang yang tidak mempunyai latihan daripada tidak ada CPR sama sekali.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#KursusFirstAid
#LatihanFirstAid
#BengkelFirstAid
#KursusCPR
#LatihanCPR
#BengkelCPR