Monday 14 October 2019

Kursus Pertolongan Cemas


Apabila sesuatu kemalangan berlaku, bantuan kecemasan awal mampu meningkatkan peluang untuk mangsa tersebut untuk selamat. Menurut pertubuhan St John Ambulans, dijangka seramai 15,000 mangsa boleh diselamatkan setiap tahun jika lebih ramai orang mengetahui cara-cara melakukan pertolongan cemas. Justeru, kemahiran pertolongan cemas amat untuk dipelajari dan dimahiri.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS Pertolongan Cemas Ini Sekarang
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Tidak Tahu Memberi Pertolongan Cemas


Ali dan Abu ialah rakan karib sejak dari sekolah rendah lagi. Pada umur ini juga, mereka telah meminati motosikal berkuasa tinggi dan bercita-cita untuk membelinya apabila mereka sudah bekerja kelak. Ternyata, minat mereka berdua tidak pernah padam apabila mereka masing-masing membeli motosikal berkuasa tinggi apabila memasuki alam pekerjaan.

Ali dan Abu menyertai kelab motosikal untuk mengembangkan lagi hobi mereka. Kelab mereka sering membuat konvoi setiap bulan. Pada satu hari, Ali dan Abu bercadang untuk menunggang motosikal bersama-sama dari Kuching ke Serian, Sarawak. Mereka mula berlumba untuk menunjukkan kuasa jentera mereka.

Malang tidak berbau apabila Ali terbabas dari motosikal nya pada kelajuan 120km/jam. Badan Ali berguling sejauh 100 meter sebelum terhenti. Abu segera mendapatkan kawan nya yang tidak sedarkan diri dan terus menghubungi ambulans. Abu ingin memberi rawatan kepada rakan nya itu, namun dikhuatiri akan lebih memudaratkan keadaan.

Namun, malang bagi Abu kerana pernafasan Ali telah terhenti sebelum ambulans tiba. Pihak ambulans berkata Ali boleh diselamatkan jika Abu terlebih dahulu memberi pertolongan cemas. Abu berasa kesal terhadap kematian rakan nya itu dan mulai hari itu, Abu mula belajar tentang pertolongan cemas.

Kajian Kes 2: Akibat Rawatan Pertolongan Cemas Yang Salah


Bahri ialah operator kilang. Dia tidak mempunyai pengetahuan dalam pertolongan cemas melalui sumber yang betul. Kebanyakan ilmu yang dia perolehi tentang pertolongan cemas ialah melalui drama serta filem sahaja, Namun, dia yakin ilmu pertolongan cemas yang ditayangkan melalui drama serta filem itu betul.

Pada satu hari, salah satu mesin kilang telah memotong pergelangan tangan rakan sekerjanya. Darah keluar dengan banyaknya. Bahri bertindak pantas. Dia segera menggunakan tali untuk mengikat pergelangan tangan rakan nya untuk memberhentikan pendarahan sementara menunggu bantuan tiba, seperti kebiasaan di dalam filem

Namun, rakan sekerjanya mula merasa kejang di seluruh tangan nya. Apabila bantuan tiba, doktor telah memarahi Bahri kerana jika doktor tersebut lambat memberikan pertolongan, tangan rakan sekerjanya mungkin menjadi lumpuh kerana cara pertolongan cemas Bahri yang salah telah menghetikan perjalanan darah di seluruh tangan rakan sekerjanya.

Sejak hari itu, Bahri mula insaf. Beliau mula belajar teknik pertolongan cemas dari jurulatih yang bertauliah.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS Pertolongan Cemas Ini Sekarang
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Manfaat Mahir Memberi Pertolongan Cemas


Din seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan. Dia ialah ketua kelab persatuan bulan sabit merah. Dia dilantik oleh kerana kemahiran nya memberikan pertolongan cemas dengan betul. Din mula berminat dengan pertolongan cemas setelah mengetahui ayahnya mempunyai masalah jantung.

Din berfikir, jikalau jantung ayahnya tiba-tiba terhenti, dia boleh melakukan CPR kepada ayahnya. Ternyata, benda yang ditakutinya betul-betul berlaku apabila pada tengah malam, ayahnya mula mengalami sesak nafas dan pengsan. Ibu DIn segera menelefon ambulans. Din segera memberi CPR kerana dia tahu hanya beberapa minit sahaja jika dia tidak melalukan CPR, ayahnya akan meninggal dunia.

Ayahnya mula sedar apabila Din melalukan CPR dan pada masa yang sama, ambulans pun tiba. Pihak medik mengatakan, jika Din tidak melakukan CPR, ayahnya mungkin telah meninggal dunia. Pihak medik memuji Din atas kecekapan dan ketangkasan dia dalam situasi tersebut. DIn pula berasa lega dan bangga kerana ilmu pertolongan cemas nya telah menyelamatkan ayahnya.